Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ahmad Tasnim mahu terus bukti kemampuan

ahmad-tasnim.jpg
Pertahanan muda Felda United, Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir, mendedahkan dia hampir berputus asa apabila tidak banyak diberikan peluang untuk beraksi sehinggalah dia meyakinkan barisan kejurulatihan The Fighters dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, Alor Setar, minggu lalu.

Ahmad Tasnim bukanlah pilihan utama ketua jurulatih, Nidzam Jamil, sepanjang musim ini.

Dia hanya diberikan peluang beraksi sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun, kecederaan dan penggantungan beberapa tonggak utama memaksa Nidzam menggandingkan pemain itu dengan beberapa pemain muda lain untuk bertemu Kedah minggu lalu.

Keputusan itu menampakkan tanda-tanda positif apabila Felda United hanya membenarkan skuad Lang Merah itu menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti.

"Memang amat terkilan kerana saya berasakan dia tidak mempercayai saya sebelum ini.

"Sekarang dia dah mula bagi saya main dan saya mahu main lagi," katanya.

Biarpun Felda United sudah boleh menurunkan kesebelasan terbaik, Ahmad Tasnim, yang boleh beraksi di posisi pertahanan kiri, yakin dia mampu menjadi pilihan utama dalam perlawanan kedua di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam ini.

"Sebagai pemain muda, saya ada rasa gementar sedikit.

"Tetapi selepas jurulatih memberikan saya peluang untuk beraksi, saya berasa lebih baik.

"Jika esok (malam ini) saya diberikan peluang lagi, Insya-Allah saya akan memberikan yang lebih baik," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video