Skip to main content

Bola Sepak

Aguirre dipecat, presiden letak jawatan selepas Mesir tersingkir

javieraguirre.jpg
Mesir memecat jurulatihnya, Javier Aguirre, selepas tersingkir dalam pusingan 16 Piala Negara-Negara Afrika, awal pagi tadi.

Pasukan tuan rumah itu tewas 0-1 kepada Afrika Selatan di Kaherah di mana skuad The Pharaohs itu gagal ke suku akhir buat kali pertama sejak 2004.

Tidak lama selepas itu, Presiden Persatuan Bolasepak Mesir (EFA), Hany Abou-Rida, mengumumkan peletakan jawatannya dan mengesahkan pemergian seluruh pegawai teknikal dan pentadbiran persatuan itu.

Disebalik peletakan jawatannya, Abou-Rida -- yang turut mengarahkan ahli lembaga pengarah untuk mengundurkan diri -- berkata dia akan meneruskan jawatannya sebagai ketua jawatankuasa penganjuran Piala Negara-Negara Afrika 2019.

Mesir melantik ketua jurulatih dari Mexico, Aguirre, selepas tersingkir dalam peringkat kumpulan Piala Dunia tahun lalu.

Bekas pengendali Mexico dan Jepun itu menandatangani kontrak empat tahun bagi menggantikan Hector Cuper.

"Sudah pasti saya bertanggungjawab," kata pengendali berusia 60 tahun itu dalam sidang media selepas perlawanan.

"Kami semua amat kecewa dengan penyingkiran ini dan saya akan menanggung setiap akibatnya kerana saya yang memilih barisan pemain dan formasi."

Advertisement

Must Watch Video