PKNP FC mendapat kembali khidmat pemain import, Amani Aguinaldo, menjelang perlawanan pusingan kedua Piala FA dengan Batu Dua FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, petang ini.
Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, berkata pemain pertahanan dari Filipina itu tidak beraksi ketika menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu kerana menjalani penggantungan.
"Penggantungan itu hanya membabitkan perlawanan liga. Ini Piala FA, kejohanan lain. Jadi, dia boleh diturunkan," katanya.
"Kehadiran Aguinaldo bertepatan kerana kami akan berdepan pasukan yang memiliki jentera serangan berbisa.
"Batu Dua menang 17-1 dalam pusingan pertama dan ia adalah amaran buat pemain PKNP.
"Mereka memiliki khidmat pemain berpengalaman yang perlu diberikan perhatian," ujarnya.
Bagaimanapun, PKNP FC akan kehilangan khidmat Mohd Ezanie Mat Salleh yang tidak sempat pulih daripada kecederaan.
Selain itu, pemain Tajikistan, Siyovush Asrorov, juga belum pulang dari negara asalnya kerana mengalami masalah visa.
Ketiadaannya, bagaimanapun, dijangka tidak menjejaskan kemampuan benteng kelab konglomerat itu seperti ketika meraih kemenangan 4-0 ke atas Kuala Lumpur.
Abu Bakar berharap pemain dapat mengekalkan momentum dan mengulangi pencapaian ke separuh akhir musim lalu.