MANCHESTER CITY 2 CHELSEA 0
Sergio Aguero akhirnya mencapai jumlah 200 gol untuk Manchester City dengan jaringan bergandanya memberikan skuad bimbingan Pep Guardiola itu kemenangan 2-0 ke atas Chelsea dalam perlawanan pembuka tirai Perisai Komuniti di Wembley, malam tadi.
Penyerang antarabangsa Argentina, Aguero, tersekat pada 199 gol sejak dia menyumbat gol dalam final Piala EFL ke atas Arsenal pada 25 Februari lalu.
Bagaimanapun, dia akhirnya menambah kepada jumlah itu dalam separuh masa pertama untuk meletakkan Chelsea di laluan untuk menelan kekalahan dalam perlawanan kompetitif pertama di bawah kendalian pengurus baru, Maurizio Sarri.
Pemain berusia 30 tahun itu kelihatan tajam dan menyempurnakan gol keduanya selepas permainan bersambung dalam babak kedua untuk juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu memulakan musim baru dengan trofi.
Pergerakan lancar Aguero membolehkannya menemui ruang di pertahanan Chelsea, yang kembali kepada formasi empat pemain di barisan belakang berikutan pemergian Antonio Conte yang bagaimanapun mendedahkan kepincangan The Blues di barisan serangan.
Di sebalik ketiadaan pemain bintang seperti Kevin De Bruyne, Raheem Sterling, Eden Hazard dan Thibaut Courtois dalam kesebelasan City, kesengitan perlawanan adalah tinggi di peringkat permulaan.
City berada di depan selepas 13 minit apabila Phil Foden meningkatkan tempo dengan mara ke depan dan mengumpan buat Aguero, yang menemui ruang dalam kawasan penalti, untuk menghalakan sepakannya ke penjuru kanan pintu gol lawan.
Chelsea tidak menemui sentuhan pertama mereka dalam kotak penalti lawan sehingga minit ke-25 yang disudahi dengan Alvaro Morata merembat terlalu tinggi sambil The Blues berhempas-pulas untuk menembusi benteng City ketika tahap kelajuan permainan turut menurun.
Satu umpanan cantik Foden yang melepasi David Luiz meluangkan buat Aguero untuk mendapatkan gol keduanya lima minit dalam separuh masa kedua tetapi penjaga gol, Willy Caballero, melakukan secukupnya untuk menutup ruang.
Aguero, bagaimanapun, tidak dapt dinafikan lapan minit kemudian apabila dia menyusup di belakang David Luiz untuk menyudahkan umpanan Bernardo Silva bagi menewaskan Caballero buat kali kedua.
City harus menambah beberapa gol lagi tapi kombinasi penyudah lemah dan ketangkasan Caballero mengehadkan keputusan kepada perbezaan hanya dua gol.