MANCHESTER CITY 3 WEST BROM 1
Sergio Aguero diberikan pujian oleh pengendali pasukan, Pep Guardiola, selepas mempamerkan aksi yang menyerlah ketika Manchester City meraih kemenangan 3-1 ke atas West Brom, semalam.
Bintang Argentina, Aguero, gagal menjaringkan sebarang gol tetapi persembahan yang mantap dalam separuh masa pertama membantu Gabriel Jesus dan Kevin De Bruyne merobek gawang lawan di Stadium Etihad.
Kehilangan tempat dalam kesebelasan utama kepada Gabriel Jesus memaksa Aguero untuk bekerja keras mempertingkatkan kualitinya secara keseluruhan dan ia telah membuahkan hasil buat The Citizens.
Jesus dan Aguero digandingkan bersama buat kali kedua dan gerakan penyerang kebangsaan Argentina itu berjaya disudahi dengan jaringan pada minit ke-27 sebelum De Bruyne menggandakan jaringan dua minit kemudian.
Dalam separuh masa kedua, hantaran Aguero berjaya disempurnakan oleh Yaya Toure sebelum Hal Robson-Kanu menjaringkan gol sagu hati pasukan pelawat.
"Jesus merupakan pemain yang berkualiti tetapi pemain yang benar-benar menyerlah dalam perlawanan ini adalah Aguero," kata Guardiola.
"Dia tidak menjaringkan gol tetapi melakukan dua bantuan jaringan."