Skip to main content

Bola Sepak

Aguero kekal beraksi di pentas tertinggi selepas tinggalkan City

sergioaguero.jpg
Sergio Aguero berniat untuk 'terus bersaing di peringkat tertinggi' selepas mengumumkan bakal meninggalkan Manchester City penghujung musim ini.

Ia didedahkan bahawa penjaring gol terbanyak City itu akan menamatkan mengakhiri perjalanannya di Stadium Etihad apabila kontraknya berakhir Jun ini.

Pemain kebangsaan Argentina itu telah menang empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), satu Piala FA dan lima Piala EFL, meledak 257 gol dalam 384 penampilan.

Dia boleh menambah empat lagi trofi musim ini -- termasuk Liga Juara-Juara (UCL) -- dengan skuad kendalian Pep Guardiola masih lagi dalam landasan untuk meraih quadruple. 

Menerusi media sosial, Aguero memberi penghormatan kepada peminat City dan mendedahkan bahawa destinasi seterusnya bukanlah langkah ke belakang.
 

 

Advertisement

Must Watch Video