Lionel Scaloni mengesahkan Sergio Aguero akan turun dalam kesebelasan utama buat Argentina bagi aksi separuh akhir Copa America 2019 menentang Brazil esok.
Aguero, 31, menjadi pilihan utama dalam tiga daripada empat perlawanan Argentina dalam kejohanan itu, dengan mencipta gandingan bersama Lionel Messi dan Lautaro Martinez ketika menundukkan Qatar dan Venezuela.
Tatkala tempat bintang Manchester City itu menjadi persoalan menjelang aksi di Estadio Mineirao, Scaloni mengesahkan berita itu semalam.
"Apa yang boleh saya pastikan adalah Aguero akan berada dalam kesebelasan utama," katanya.
"Sentiasa ada keraguan terhadapnya dan akhirnya dia akan turun beraksi."
"Lain-lain masih belum pasti termasuk Messi," tambah Scaloni sambil ketawa.
Argentina perlu mengubah rekod menentang Brazil di tempat lawan yang menjadi tuan rumah edisi kali ini sekiranya mereka mahu ke final.
Brazil tidak pernah tewas dalam aksi kompetitif di laman sendiri berdepan Argentina apabila merakamkan lapan kemenangan dan dua seri.
Scaloni percaya skuad kendalian Tite itu, yang menewaskan Paraguay menerusi penentuan sepakan penalti dalam suku akhir, merupakan pilihan untuk menjuarai saingan Copa America.
"Mereka dalam situasi yang penting. Mereka telah beraksi dalam tempoh yang lama, begitu juga dengan pengendali. Ia menjadi kelebihan buat mereka," tambahnya.
"Brazil adalah pilihan dalam Copa America dan menjadi seteru yang ingin ditundukkan semua."