Skip to main content

Bola Sepak

Agnew kecewa dengan keputusan pengadil

steveagnew-cropped_10lxoekw94ptq1f1l8ne0lzus1_1.jpg
Pengendali Middlesbrough, Steve Agnew berkata pasukannya menjadi mengsa kepada keputusan pengadil menghadihakan sepakan penalti selepas dua kali bangkit berdepan Manhester City yang berkesudahan seri 2-2. 

Dengan Boro mendahului pelawanan 1-0 memasuki minit ke-69 di Stadium Riverside, pengadil, Kevin Friend menganugerahkan penalti kepada City kerana berpendapat Leroy Sane telah dikasari Marten de Roon, lalu mencetuskan kemarahan penonton.

Sergio Aguero menyempurnakan sepakan tersebut sebelum Calum Chambers kembali meletakkan pasukan tuan rumah di depan namun tandukan Gabriel Jesus lima minit sebelum tamat perlawanan memadam harapan Agnew dalam misi keluar dari zon penyingkiran.

Berang, Agnew memberitahu wartawan:"Saya kecewa kami gagaln membawa pulang tiga mata. Pemain saya beraksi dengan baik hari ini dan kami sepatutnya mendapat tiga mata."

"Bagi saya itu bukan penalti. Sane menjatuhkan badan dengan mudah dan ulang tayang video menunjukkan pengadil tidak mempunyai pandangan jelas.

"Dia sepatutnya membuat keputusan selepas mendapat pandangan yang jelas.

Agnew turut menyuarakan simpati terhadap De Roon, katanya:"Dia seorang pemain yang profesional dan seorang yang bijak. Dia tahu didalam kotak penalti, dia bukanlah jenis yang cuba melakukan terjahan."

Boro bakal berdepan tiga pasukan lain -- Chelsea, Southampton dan Liverpool dalam baki tiga perlawanan akhir musim ini. 

Agnew berkata pemainnya perlu mengekalkan momentum sama andai mahu membawa pulang tiga mata musim ini.

"Kami ketinggalan enam mata dengan berbaki tiga perlawanan lagi. Bagi saya pemain telah menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi menjelang aksi berdepan Chelsea selepas ini.

"Persembahan mereka membuktikan Boro akan terus berjuang sehingga ke perlawanan terakhir," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video