Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman, lega dengan pengurangan hukuman, namun masih ternanti-nanti tarikh untuk pembayaran geran dibuat.
Daripada pemotongan 50 peratus kepada 5 peratus sahaja, ia adalah berita gembira buat Felda, namun jika hanya bercakap atas dasar angin semata mata, ia tidak membawa sebarang makna.
Afizal lega dengan kemurahan hati Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang bersetuju membantu mengurangkan denda di atas kegagalan mematuhi tarikh akhir pendaftaran pasukan musim ini.
"Kami telah berbincang dan telah dimaklumkan mengenai denda yang bakal dikenakan kepada Felda. Kami juga telah melengkapkan setiap arahan yang diberikan kepada pihak MFL untuk melakukan rayuan kepada badan induk itu," katanya.
Sehingga ke saat ini, MFL masih gagal melunaskan pembayaran geran yang diuar-uarkan berjumlah RM3 juta.
Pihak Felda, bagaimanapun, sudah bersedia andai tidak menerima penuh geran RM3 juta yang diperuntukkan MF itu.
"Walaupun belum mendapat geran, kami mampu menjalankan aktiviti kelab seperti biasa tetapi ia dapat membantu perjalanan kelab mengharungi baki musim ini," katanya.