Penyerang skuad B-19 negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak, menyambut baik kedatangan Akhyar Rashid dan Nik Akif Syahiran Nik Mat yang melaporkan diri bersama barisan remaja negara semalam untuk membolehkan mereka kini fokus membentuk keserasian di atas padang menjelang Kejohanan AFF B-19.
Hadi, Akhyar dan Nik Akif dijangka menjadi sandaran pengendali skuad B-19, Bojan Hodak, dalam membentuk taktikal di bahagian serangan pasukan negara bagi mengharungi kempen di Surabaya itu.
Bagi Hadi, meskipun hanya mempunyai tempoh tiga hari berlatih bersama sebelum ke Surabaya, ia bukan masalah untuk membentuk keserasian bersama dua rakannya itu di atas padang.
Tambahnya, apa yang penting, mereka menggandakan usaha dalam latihan bagi memastikan segala pendekatan taktikal Hodak mampu dilaksanakan.
"Walaupun berdepan tempoh yang singkat, ia bukan masalah kerana kami pernah beraksi bersama-sama.
"Kami sudah mempunyai keserasian tetapi kalau boleh, saya ingin mempertingkatkannya lagi," katanya.
Dalam pada itu, Hodak kini menumpukan latihan kepada pendekatan taktikal menyerang pasukan, dengan formasi 4-2-3-1 dan 4-3-3 menjadi pilihan pengendali kelahiran Croatia itu.
Bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) itu juga berharap pemain-pemain dapat segera menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan memandangkan mereka bermain dengan sistem berbeza bersama pasukan masing-masing dalam Liga Super dan Liga Perdana.
"Saya ingin mengingatkan mereka semula memandangkan selepas sebulan dua meninggalkan kem ini, mereka akan lupa (rentak).
"Apatah lagi, kali ini mereka tidak dikumpulkan sejak November.
"Jadi, saya melakukan apa yang boleh, terutama menggilap bahagian serangan," kata Hodak.