Penyerang negara, Muhammad Harry Danish Mohd Haizon, menjaringkan hatrik untuk membantu Malaysia menewaskan Brunei 8-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan AFF B-15 di Chonburi, Thailand, semalam.
Dalam saingan di Stadium Institut Pendidikan Jasmani itu, Malaysia mendahului 5-0 dalam babak pertama sebelum menambah tiga lagi gol selepas rehat untuk mengutip mata penuh dan mengungguli carta kumpulan.
Selain hatrik Harry Danish, gol lain skuad bimbingan P. Maniam itu disumbangkan oleh Zubaidi Mohd Buang, Wan Muhammad Hakim, Muhammad Nabil Qayyum dan Muhammad Aliff Izwan.
Malaysia akan menentang Kemboja dalam perlawanan kedua kumpulan, esok.
Maniam menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu permulaan baik di samping hatrik Harry Danish telah mencetuskan suasana positif dalam pasukan.
"Secara keseluruhan, kami amat gembira dengan keputusan ini. Namun, jaringan besar itu disebabkan Brunei bukan sebuah pasukan yang mantap," katanya.
Bagaimanapun, katanya, pertemuan dengan Kemboja adalah ujian sebenar memandangkan pasukan lawan itu kuat daripada segi fizikal dan teknikal.
Dalam perlawanan lain dalam Kumpulan B, Australia mengalahkan Kemboja 3-1 manakala penyerang, Kakana Khamyok, menyelamatkan maruah Thailand apabila menjaringkan dua gol untuk menundukkan Laos 2-1.
Kumpulan A terdiri daripada Timor Leste, Indonesia, Myanmar, Singapura, Vietnam dan Filipina.
-- BERNAMA