Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Maghribi diuji terlebih dahulu sebelum lakar kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fe88fc4ca0d24956a7e0986e0a921dfa.jpg
Jaringan daripada Romain Saiss, Azzeddine Ounahi dan Youssef En Nesyri memastikan Maghribi merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Tanzania dalam aksi pembukaan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON). 

Bekas pertahanan Wolves, Saiss menjaringkan gol dalam separuh masa pertama namun, di sebalik dominasi dipamerkan, Maghribi dipaksa menunggu sehingga Tanzania beraksi dengan 10 pemain di separuh masa kedua untuk menewaskan mereka.

While Morocco could boast the likes of Paris St Germain defender Achraf Hakimi and Manchester United midfielder Sofyan Amrabat, Tanzania started with Tarryn Allarakhia of Wealdstone in attack.

Walaupun Maghribi boleh berbangga dengan pemain seperti pertahanan Paris St Germain, Achraf Hakimi dan pemain tengah Manchester United, Sofyan Amrabat, Tanzania bermula dengan Tarryn Allarakhia dari Wealdstone di bahagian serangan.

Jurang kelas antara pasukan yang melangkah ke separuh akhir Piala Dunia dan lawan yang tidak pernah memenangi perlawanan di AFCON cukup jelas, namun Maghribi tidak dapat mencari jalan melepasi mereka sehingga minit ke-30.

Sepakan percuma Ziyech berjaya dinafikan penjaga gol Tanzania, Aishi Manula,  namun Saiss pantas menampan masuk bola ke gawang untuk jaringan pertama.

Maghribi kemudian menggandakan kelebihan selepas lawan meneruskan permainan dengan 10 pemain dan ia digunakan sebaik mungkin oleh Ounahi untuk menjadikan kedudukan 2-0. 

Selang beberapa minit kemudian giliran penyerang Sevilla, En Nesyri, bertindak sebagai penjaring sekaligus memastikan Atlas Lions bermula dengan kemenangan.

Advertisement

Must Watch Video