Skip to main content

Bola Sepak

AFC sekali lagi tangguh aksi Korea Utara-Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

17517afc.jpg
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari ini menangguhkan sekali lagi perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di antara Korea Utara dan Malaysia yang dijadualkan pada 8 Jun ini di Pyongyang atas alasan ketegangan politik ketika ini.

"AFC memutuskan bahawa kerana ketegangan geopolitik di semenanjung Korea, pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 di antara Korea Utara dan Malaysia di Pyongyang pada 8 Jun 2017 ini perlu ditangguhkan.

"Perlawanan itu kini dijadualkan semula dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis, 5 Oktober 2017," kata AFC seperti dipetik dalam satu kenyataan.

"Walaupun AFC telah mencadangkan ia diadakan pada 8 Jun 2017 -- di mana ia telah ditangguhkan daripada 28 Mac 2017 -- di bandar Korea Utara, perkembangan terkini memaksa AFC untuk menimbang semula keputusan itu di atas alasan keselamatan."

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat rayuan kepada AFC untuk mengkaji semula keputusan badan induk itu berhubung perlawanan tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, melahirkan rasa gembira dengan menganggap ia satu keputusan yang wajar.

Malah, dia menyifatkan ia satu kebetulan yang baik kepada skuad kebangsaan memandangkan FAM baru sahaja melantik jurulatih baru, Nelo Vingada, kelmarin.

"Keputusan ini paling sesuai berdasarkan situasi terkini di Pyongyang. Kedua, ia juga bagus untuk pasukan yang memerlukan persediaan dan, ketiga, ia baik untuk kami mengkaji pasukan lawan," jelas Hamidin.

Advertisement

Must Watch Video