Skip to main content

Bola Sepak

AFC Perkenal empat kejohanan baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

afc.jpg
Menjelang pembukaan musim baru 2024/2025, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), memperkenalkan empat siri kejohanan baru bagi benua Asia yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

Perkara itu diumumkan selepas menyifatkan empat kejohanan tersebut bakal membawa nama Asia di pentas tertinggi selain berpotensi menjadi medan terbaik buat pasukan di peringkat global.

Empat kejohanan itu merangkumi Liga Juara-juara Elit (ACLE), Liga Juara-juara 2 (ACL2), Liga Cabaran (ACGL), Liga Juara-juara Wanita (AWCL), yang dibentangkan di Kongres AFC ke-34, hari ini.

Juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), akan membawa cabaran pasukan Malaysia ke saingan ACLE sementara Selangor akan menjadi sebahagian daripada 32 pasukan yang akan bertanding dalam ACL2. 

Advertisement

Must Watch Video