Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

AFC denda Selangor tiga kesalahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangtor-acl@-jeonbuk.jpg
Selangor menanggung denda AS$24,500 (RM110,000) daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) atas tiga kesalahan ketika bertemu kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai FC, dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) di Stadium MBPJ, 23 Oktober lalu.

Tindakan penyokong yang menayangkan kain sepanduk didapati telah melanggar Kod Etika dan Disiplin AFC dan kegagalan menurunkan kain sepanduk tersebut di stadium, selain didapati lewat memasuki padang untuk menyambung babak kedua. 

Gergasi Merah -- yang menang 2-1 -- berdepan hukuman lebih berat sekiranya kesalahan serupa berulang pada masa akan datang.




Dan Gergasi Merah berdepan hukuman lebih berat sekiranya kesalahan serupa berulang pada masa akan datang.

Dalam masa sama, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa, didenda sebanyak AS$5,000 (RM22,000) berhubung kenyataannya ketika tunduk 0-1 kepada Shandong Taishan dalam Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) pada 26 November lalu.





 

Advertisement

Must Watch Video