Jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, mengakui berbangga dengan kemampuan anak buahnya mengimbangi perlawanan menentang Korea Selatan sebelum tewas tipis 2-1 dalam pertemuan suku akhir di Stadium Kunshan, petang tadi.
Skuad negara, yang tampil selaku underdog, dijangka sukar untuk memberi saingan kepada lawan, bagaimanapun anak buah Kim Swee membuktikan sebaliknya.
Ia menyaksikan saingan hebat diberikan Malaysia kepada naib juara 2016 itu dengan mengawal permainan dan melancarkan percubaan bahaya ke kubu lawan.
"Secara keseluruhannya, pemain mempamerkan aksi lebih baik dan seperti ketika bertemu Arab Saudi dengan menguasai bahagian tengah pada separuh masa pertama.
"Malangnya, selepas mendapatkan gol penyamaan, pemain mengendurkan permainan mereka," kata Kim Swee.
Dalam pertemuan itu, skuad negara dikejutkan selepas hanya 15 saat apabila sepakan lambung Cho Jae-wan gagal diselamatkan Haziq Nadzli, yang sentiasa bermasalah dengan bola tinggi dalam kejohanan ini.
Namun, skuad negara berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian, N. Thanabalan, dengan merebahkan diri untuk menanduk masuk pada minit ke-67.
Kebangkitan Malaysia tidak kekal lama apabila lawan meraih jaringan kemenangan menerusi Han Seung-gyu, enam minit sebelum wisel penamat.
"Gol pertama itu disebabkan kurang fokus. Apabila berdepan pasukan handalan, inilah yang akan dilakukan mereka.
"Saya harap pemain belajar daripada kesilapan, kegagalan menyesuaikan diri dengan segera akan dihukum," katanya.
Sementara itu, jurulatih Korea Selatan, Kim Bong-gil, mengakui terpaksa mengubah pendekatan taktikalnya untuk menentang Malaysia bagi mengelak menjadi mangsa kejutan lawan.
Sekalipun ia memberi kesukaran kepada pemainnya untuk memenangi perlawanan, Bong-gil tetap berpuas hati percaturan itu membuahkan hasil.
“Ketika bertemu Australia tempoh hari, saya mengarahkan pemain memberi tekanan pada separuh masa pertama tetapi pemain kepenatan pada separuh masa kedua.
"Jadi, hari ini saya mengarahkan pemain untuk memperlahankan tempo, sebab itulah permainan kami berbeza hari ini," kata pengendali Korea itu.
Korea akan bertemu Uzbekistan di peringkat separuh akhir dan akan turun dengan misi mengulangi pencapaian dua tahun lalu apabila mereka mara ke pentas final.
Dalam masa sama, penyokong Malaysia sanggup dua kali terbang ke China demi skuad negara.
Kelibat "pemain ke-12 Malaysia" itu di China mencuri tumpuan kerana ada dalam kalangan mereka yang sanggup terbang dua kali dari tanah air semata-mata mahu memberi sokongan kepada skuad B-23 negara.
Meskipun sudah tersingkir, kumpulan penyokong itu tetap berpuas hati dengan pencapaian skuad bimbingan Kim Swee.