Pemain tengah skuad B-19 negara, Nik Akif Syahiran Nik Mat, memberi berita gembira apabila dia disahkan bebas daripada masalah hamstring dan bakal memperkuatkan kesebelasan utama pasukan menjelang aksi getir berdepan China dalam Kejohanan AFC B-19 tahun di Stadium Pakansari, malam ini.
Nik Akif sebelum ini, menurut ketua jurulatih, Bojan Hodak, akan terlepas peluang diturunkan dengan China ekoran mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan pada awal babak kedua ketika seri 2-2 dengan Tajikistan, Selasa lalu.
Dia yang pada mulanya disyaki mengalami masalah hamstring, disahkan bebas daripada kecederaan tersebut dan situasi itu jelas melegakan kem negara yang mahu memburu kemenangan sulung.
"Saya kini bebas daripada kecederaan dan akan turun berdepan China malam ini. Kami mahu memastikan kemenangan untuk meningkatkan peluang beraksi dalam pusingan seterusnya," kata Nik Akif.
Menurut pemain Kelantan itu, semangat mereka masih membara untuk meraih slot ke Piala Dunia B-20 2019 walaupun peluang dilihat semakin tipis.
Jelasnya lagi, pengalaman bersama dalam tiga pasukan kebangsaan berbeza selain skuad senior serta skuad B-23 negara mematangkannya menjadi seorang pemain lebih baik ketika beraksi dengan skuad B-19.
Bersama skuad kendalian Hodak, Nik Akif melihat keserasian menjadi kunci utama kekuatan pasukan itu yang telah mengenali satu sama lain sejak di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
"Kami sudah lama beraksi dan memahami corak permainan masing-masing. Kami akan menggunakan pengalaman serta latihan yang telah diraih sebelum ini bagi menampilkan aksi terbaik," ujarnya.