Pelakon sensasi, Zahirah Macwilson, diketahui ramai turut berpengkalan di Australia, dan baru-baru ini, adiknya, Laikha Macwilson mencuri perhatian selepas mengecapi kejayaan bersama Bull Sharks, pasukan bola sepak wanita utama Bond University yang terletak di Gold Coast.
Menariknya, bakat Laikha atau nama sebenarnya Zulaikha Macwilson yang juga anak kedua kepada pelakon senior, Zainol Macwilson, bukan sahaja menyinar sebagai pemain tetapi juga jurulatih, dan ini terbukti apabila Bull Sharks menjuarai South Coast Division 1 Grand Final pada September lalu, musim kedua Laikha di beri kepercayaan sebagai ketua jurulatih pasukan itu.
Bull Sharks terlebih dahulu mengesahkan kejuaraan Liga Premier 2025 selepas cemerlang merekod 15 kemenangan daripada 16 perlawanan untuk mengekalkan kedudukan teratas liga, dan kredibiliti Laikha dalam merencana kejayaan pasukannya dalam masa yang singkat itu telah melayakkan dia mendapat pengiktirafan sebagai Jurulatih Terbaik 2025.
Laikha yang dilahirkan di England, menamatkan pengajian dalam bidang sains kesihatan di Curtin University, Perth pada 2021, yang jelas membantunya mengembangkan lagi kemahiran bola sepak yang dimiliki, dan selepas ini, apakah kita berpeluang untuk melihat Laikha menyumbangkan keringat untuk Malaysia pula?

Nike Phantom 6 Low Academy
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang