Skip to main content

Bola Sepak

'Ada yang sudah ucap tahniah' --  Jika menang, Dollah Salleh anggap satu penghargaan tertinggi kalangan bekas pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dollahsalleh.jpg
Bekas jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh, lebih selesa dianggap selaku calon bukan pilihan menjelang kongres pemilihan exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang akan berlangsung Sabtu ini.

Difahamkan, Dollah merupakan antara individu dalam perebutan empat slot jawatan nain presiden FAM, sekali gus memberi bayangan bakal dilantik sebagai pengurus skuad kebangsaan selepas kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Kamarul Ariffin sebelum ini.

"Ada yang sudah ucap tahniah seolah-olah saya telah menang jawatan ini. 

"Takut nanti kalau tak dipilih, buat malu sahaja.

 

"Daripada terlalu yakin, elok saya dianggap selalu calon bukan pilihan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Jika kemenangan berpihak kepada Dollah, ia merupakan satu penghormatan buat bekas pemain berada di kepimpinan tertinggi FAM.

"Saya percaya setiap individu akan berusaha mendapatkan tempat.

"Saya kena usaha juga kerana ia adalah satu pengiktirafan daripada salah seorang pemain yang berjaya menang jawatan ini," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video