Paul Pogba berkata dia tidak akan mendedahkan apa yang dirasainya mengenai situasi di Manchester United kerana khuatir dihukum oleh kelab itu.
Pemain tengah Perancis itu menjaringkan gol daripada sepakan penalti untuk membantu United mencatat kemenangan 2-1 ke atas Leicester City semalam walaupun kembali ke sesi latihan hanya empat hari sebelum perlawanan itu.
Pogba diberi masa rehat selepas membantu Perancis menjulang Piala Dunia, bagaimanapun Jose Mourinho masih memilihnya sebagai kapten untuk aksi pembukaan Liga Perdana di Old Trafford.
Pemain berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan semasa jendela perpindahan lalu, dengan Barcelona dan bekas kelabnya, Juventus, dilaporkan berminat tetapi dia kelihatan bersedia untuk kekal bersama majikannya sekarang.
Bagaimanapun, hubungannya dengan Mourinho -- yang menggugurkan pemain itu lebih daripada satu perlawanan musim lalu, termasuk untuk perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah berdepan Sevilla -- menyebabkan Pogba dipersoalkan sama ada dia gembira di United.
"Ada perkara yang boleh saya katakan dan ada perkara yang tidak boleh saya katakan, jika tidak, saya akan didenda," katanya kepada pemberita.
"Apabila orang mempercayai kamu dan mempunyai keyakinan, maka kamu dalam keadaan baik, ia akan lebih mudah."
Pogba menyiarkan mesej di Instagram selepas perlawanan yang tidak memasukkan rujukan kepada bos kelabnya.
"Saya akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada peminat dan rakan sepasukan saya, tidak kira apa yang berlaku," katanya.