Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Saya mohon maaf, tidak dapat kawal emosi -- Kata Theerathon Bunmathan buat Arif Aiman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ariof-aiaman.jpg
Pertahanan Buriram United, Theerathon Bunmathan, memohon maaf atas tindakan nakalnya kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, ketika kunjungannya dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa lalu.

Tindakan kurang bijaknya itu menghukum diri apabila menerima layangan kad merah selepas pengadil perlawanan melihat Video Bantuan Pengadil (VAR) pada minit ke-44.


 


Aksi itu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan sekali gus  menyaksikan JDT dan Buriram berkongsi lapan mata selepas enam perlawanan dalam saingan Kumpualan A, ACLE.

"Saya ingin memohon maaf atas tindakan saya yang tidak wajar, saya amat kesal dan amat kecewa dengan diri saya sendiri kerana tidak dapat mengawal emosi saya. Ia tidak sepatutnya berlaku." katanya.

Advertisement

Must Watch Video