Bekas jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, menyeru Ulsan HD mengubah sikap di atas padang apabila mengadakan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam pertemuan yang dinanti-nantikan, Liga Juara-Juara Elite (ACLE), Selasa depan.

Juara ACLE pada 2012 dan 2020 itu berada dalam situasi getir berikutan menduduki tangga tercorot selepas tiga kekalahan dalam Kumpulan A.

Kepulangan semula pengendali berusia 55 tahun itu ke Malaysia, khususnya di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) apabila bakal diuji oleh lambakan bintang kebangsaan.

"Kami harus lebih menghormati selepas ini. Saya tidak mahu bercakap apa-apa kerana ini sangat memalukan.

"Saya ingin memohon maaf kepada peminat. Kami tidak berhak meraih keputusan yang membanggakan daripada permainan ini.




"Mungkin kami terlalu membangga diri meskipun berdepan skuad yang lebih hebat. Kami harus memperbaiki sikap.

"Ia bukan soal itu walaupun kami tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan 16, ia berkenaan menghormati penyokong, pasukan lawan, malah rakan sepasukan sendiri.

"Kami harus meningkatkan persembahan, malah saya perlu memperbaiki diri sendiri," katanya selepas kemenangan bertemu Pohang Steelers, hujung minggu lalu.

Ulsan kekal cemerlang di peringkat domestik dan hampir pasti mempertahankan gelaran K League 1 dan Piala Korea.