Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Jurulatih Gwangju terkejut JDT dibarisi ramai pemain import

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Pengendali kelab Gwangju FC, Lee Jung-hyo, mengakui terkejut apabila mendapati Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai ramai pemain import dalam kesebelasan utama pasukan itu.

Kelab dari Korea Selatan itu akan berdepan JDT dalam aksi Zon Timur Liga Juara-Juara Elit (ACLE) di Stadium Yongin Mireu, hari ini. 

Menurut Jung-hyo, dia dan barisan kejurulatihan pasukan itu telah membuat analisa mengenai pasukan JDT dan mengakui Harimau Selatan mempunyai ramai pemain yang berkualiti.

"Apabila kami menganalisis (JDT), kami lihat mereka mempunyai ramai pemain individu yang bagus.

"Namun, saya agak terkejut, sebagai pasukan Malaysia, mereka mempunyai sembilan atau sepuluh pemain asing (dalam kesebelasan utama)," katanya dipetik daripada ESPN Asia.






JDT menggunakan sembilan pemain import dalam kesebelasan utama pasukan ketika menghadapi saingan ACLE dengan hanya Arif Aiman Hanapi dan Natxo Insa sebagai pemain tempatan dalam dua perlawanan awal menentang Shanghai Port dan Shanghai Shenhua.

Bagaimanapun, ia tidak menyalahi undang-undang kejohanan tersebut kerana tiada had pemain import telah diperkenalkan oleh Konferderasi Bolasepak Asia (AFC).

Gwangju FC ketika ini berada di kedudukan teratas Kumpulan A dengan enam mata selepas dua perlawanan, manakala JDT pula di kedudukan kedua dengan empat mata hasil satu kemenangan dan satu seri.

-- Sinar Harian 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video