GWANGJU 3 JDT 1
Wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT), terpaksa akur apabila tewas 1-3 kepada Gwangju dalam perlawanan ketiga Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elite, di Stadium Yongin Mireu, sebentar tadi.
Jasir Asani membuktikan ketajaman di hadapan gawang apabila sepakan lencongnya melemaskan Andoni Zubiaurre seawal minit kedua untuk memastikan pasukan tuan rumah mendahului 1-0 terlebih dahulu.
Belum sempat anak buah Hector Bidoglio bernafas, penyerang kelahiran Albania berusia 29 itu sekali lagi menggandakan jaringan selang tiga minit susulan kesilapan mudah dilakukan Feroz Baharudin yang gagal mengawal bola dengan kemas.
Begitupun, Feroz berjaya menutup kesilapannya selepas menjaringkan gol buat JDT untuk merapatkan jurang kedudukan pada minit ke-28 sekali gus menutup babak pertama 2-1.
Separuh masa kedua pula menyaksikan kedua-dua pasukan bertahan dengan menyerang dengan seimbang.
Malah, beberapa siri serangan yang dirancang anak buah Hector Bidoglio dilihat sukar menembusi benteng pasukan tuan rumah yang bertahan dengan kemas.
Minit ke-88 menjadi pembunuh perlawanan selepas pemain gantian, Gwangju, Heo Yool, menanduk bola dan tempias kepada pertahanan JDT, Park Jun-heong untuk jaringan ketiga wakil Korea Selatan itu untuk melakar kemenangan ketiga berturut-turut dan menduduki puncak Kumpulan A.

Jasir Asani is a man in hot form! ??
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) October 22, 2024
Watch Live ? https://t.co/sMjqIhGjJJ#ACLElite | #GWAvJDT pic.twitter.com/6BEi4ansFD
Begitupun, Feroz berjaya menutup kesilapannya selepas menjaringkan gol buat JDT untuk merapatkan jurang kedudukan pada minit ke-28 sekali gus menutup babak pertama 2-1.
Separuh masa kedua pula menyaksikan kedua-dua pasukan bertahan dengan menyerang dengan seimbang.
Malah, beberapa siri serangan yang dirancang anak buah Hector Bidoglio dilihat sukar menembusi benteng pasukan tuan rumah yang bertahan dengan kemas.
FT | ?? Gwangju FC 3️⃣-1️⃣ Johor Darul Ta'zim ??
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) October 22, 2024
Gwangju FC’s red-hot form rolls on as the unstoppable Jasir Asani ensures they reign supreme in East Asia! ??#ACLElite | #GWAvJDT pic.twitter.com/kN8jEs20Fz