Selepas beraksi cemerlang semalam, penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, meluahkan bahawa beraksi di pentas besar seperti Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) merupakan impian buat dirinya sebagai pemain bola sepak profesional.
Dia komited untuk bekerja dengan lebih keras dengan misi untuk membantu pasukannya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan akan datang.
Pemain berusia 22 tahun menyumbangkan dua gol buat Harimau Selatan bagi mengikat Shanghai Port 2-2 di Stadium Bolasepak Pudong semalam sekali gus membawa pulang satu mata.
JDT akan meneruskan kempen ACLE berdepan satu lagi wakil China, Shanghai Shenhua, bagi aksi kedua di Iskandar Puteri pada 1 Oktober depan.
"Perlawanan malam ini agak sukar buat kami, tidak kira apa terjadi kami memberikan aksi terbaik kami bersama perjuangan, karakter ketika beraksi di atas padang. Kami meletakkan sasaran untuk menang malam ini tetapi hanya dapat satu mata.
"ACLE adalah kejohanan yang tinggi, ini adalah impian saya untuk bermain di AFC Champions League Elite. Saya banyak berkorban untuk sampai ke sini dan saya mahu terus bermain di peringkat tinggi. Saya akan bekerja keras untuk berikan aksi yang lebih baik dalam perlawanan akan datang." katanya.
Saufi Tahir
Thu Sep 19 2024