Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Bekas pertahanan Aston Villa sedia ketuai kebangkitan JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shane.jpg
Pertahahan Johor Darul Ta'zim (JDT), Shane Lowry, sedia tampil sebagai 'bidan terjun' untuk melunaskan misi kebangkitan Harimau Selatan dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Ia menyaksikan perlawanan menentang Machida Zelvia bakal jadi penampilan sulung Lowry musim ini, andai jadi taruhan mengemudi barisan pertahanan.

Bekas pertahanan Aston Villa itu juga mengakui faktor mentaliti akan jadi kunci penentu nasib kedua-dua pasukan yang dambakan kemenangan sulung.

"Elak daripada kesalahan adalah jawapan paling mudah, mereka memiliki barisan pemain yang cukup berkualiti dari sudut teknikal," kata Shane.

"Perkara paling penting adalah kami mahu memastikan keputusan yang positif."
JDT

JDT Power

Semua cabaran pasti ditempuhi dengan semangat membara, lebih-lebih lagi bila pakai jersi JDT ini.


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video