Skip to main content

Bola Sepak

Isu Dokumentasi: 'Status pemain JDT tidak seberat pemain kebangsaan'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hm.jpg
Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John, berkongsikan keputusan yang cepat dilakukan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 'lebih baik'.

Ini susulan Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang mengenakan sekatan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain selepas menerima aduan berhubung kelayakan pemain Malaysian Abroad untuk mewakili Harimau Malaya.

Skuad kendalian Peter Cklamovski akan turun pada 9 Oktober depan di Stadium Nasional Laos bagi meneruskan kempen Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Laos.


 


Antara nama yang diberikan penggantungan selama 12 bulan daripada aktiviti bola sepak adalah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel dan Rodrigo Holgado.

"(Tribunal Bolasepak FIFA) akan buat keputusan secepat mungkin kerana kita ada perlawanan Kelayakan Piala Asia pada bulan Oktober, kami rasa mereka akan buat keputusan ini sebelum perlawanan.

"Dan kami harap lagi cepat buat keputusan lebih baik buat semua agar kita dapat bersedia." katanya.

Dalam pada itu, dia turut berkongsikan mengenai status pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sususlan beberapa pemain pasukan itu yang turut berada dalam senarai penggantungan.

"Status JDT tidak seberat pasukan kebangsaan kerana pemain warisan ini lebih berkait dengan pasukan kebangsaan dan bukan kelab.


 


"Peraturan pertandingan AFC kita membolehkan mana-mana pasukan mendaftar pemain secara terbaik dan tiada had daftar pemain asing." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video