Jurulatih interim Selangor, Christophe Gamel, mengakui kehilangan tonggak tengah iaitu Noor Al-Rawabdeh pada saat akhir menuju sepak mula, mengganggu keseimbangan percaturannya menentang Persib Bandung.
Gergasi Merah tewas 0-2 di tangan wakil Indonesia itu, sekali gus menyaksikan mereka mengalami kekalahan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) yang menyukarkan lagi hasrat mereka untuk mara ke pusingan kalah mati dalam kempen kali ini
"Saya kecewa dengan keputusan ini sebab saya menjangkakan lebih daripada ini beberapa pemain.
"Mereka perlu meningkatkan permainan. Ia sangat penting untuk pasukan.
"Noor pula mengalami kecederaan. Dan, bahagian tengah juga lambat untuk mencipta gerakan.
"Tanpa dia, kami hilang keseimbangan.
"Namun, kami tetap percaya dan harus bekerja lebih keras," katanya di Nadi Arena.
Bagi pengendali tuan rumah, Bojan Hodak, pula tidak melihat fokus Selangor terganggu dalam perlawanan Liga Super, selepas ini.
Sebaliknya, bekas jurulatih Kuala Lumpur (KL) City itu memilih untuk berwaspada ancaman anak buah Gamel di Petaling Jaya dalam masa dua minggu lagi bagi aksi timbal balik Kumpulan G, meskipun berjaya meraih kemenangan meyakinkan, semalam.
"Saya tak rasa Selangor akan menjuarai Liga Super.
"Mereka akan terus mencuba 100 peratus menjelang pertemuan kedua dengan kami nanti.
"Mereka tetap berpeluang untuk mara jika menewaskan kami.
"Jadi, saya tidak rasa Selangor akan menumpukan fokus terhadap liga tempatan, sebaliknya tetap dengan misi lebih penting dalam pentas Asia ini," katanya.

FT | ?? PSB 2-0 SFC ??
— Selangor FC (@selangorfc) October 23, 2025
Defeat at GBLA Stadium.#SelangorFC #ThisIsSelangor#PSBSFC #ACLTwo#FromDarulEhsanToAsia #PostcardsFromAsia pic.twitter.com/vk7maVDxHc