Persib Bandung bangkit menyingkirkan Selangor dengan kemenangan 3-2 dalam kempen Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.
Selangor yang turun dengan misi tiga mata bermula langkah kanan selepas membuka tirai jaringan seawall minit ketiga menerusi Chrigor Moraes yang menoktahkan hantaran Alvin Fortes untuk mendahului 1-0.
Selang 14 minit kemudian, Selangor yang giat mengasak kubu wakil Indonesia itu mencetuskan keadaan huru-hara sekali gus menyaksikan Patricio Matricardi tertampan bola ke gawang sendiri dan jaringan itu diberikan kepada Zach Clough.
Selangor masuk ke bilik persalinan dengan selesa mendahului 2-0.
Masuk babak kedua pula dilihat The Red Giants seakan bergelut sekali gus dihukum dengan jaringan pertama Persib hasil sentuhan Andrew Jung untuk kedudukan menjadi 1-2.
Meskipun beberapa kali serangan Persib dipatahkan dengan aksi cemerlang Sikh Izhan, jaringan penyamaan hadir menerusi Adam Alis yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-81 untuk kedudukan menjadi 2-2.
Ketika The Red Giants cuba mencari gol kemenangan, kesilapan mudah yang dilakukan penjaga gawang memberikan Adam Alis ruang buat jaringan kemenangan untuk skuad Pangeran Biru menang 3-2.
Keputusan itu menyaksikan Selangor secara rasminya tersingkir daripada saingan ACL2 selepas tidak meraih sebarang mata daripada empat perlawanan.