Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Import baru Selangor koyak pipi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

diarra.jpg
Pertahanan baru Selangor, Mamadou Diarra, mencatatkan penampilan pertama yang positif meskipun pasukannya mengalami empat kekalahan berturut-turut dalam kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi. 

Pemain kelahiran Senegal itu diumumkan sebagai import baru dua jam sebelum sepak mula bertemu wakil Indonesia, Persib Bandung, bagi mengukuhkan benteng terakhir Gergasi Merah. 

Meskipun diberi pujian, kecemerlangan tonggak berusia 27 tahun itu gagal menghalang kemenangan skuad kendalian Bojan Hodak, sekali gus tersingkir daripada kejohanan berprestij itu untuk dua kali berturut-turut. 

 

Dalam satu perkongsian portal tempatan, Diarra mengalami kecederaan di bahagian muka selepas terkena siku pemain lawan, namun tetap meneruskan permainan sehingga tamat perlawanan. 

Anak buah Christophe Gamel masih mempunyai baki dua aksi menentang Lion City Sailors (LCS) dan Bangkok United. Dijangka Diarra terus menjadi sandaran utama Selangor ekoran kontraknya hanya termaktub untuk kejohanan itu. 

Advertisement

Must Watch Video