Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, menganggap langkah drastik penundaaan tarikh saingan Liga Juara-Juara (ACL) adalah tepat.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) semalam.
Bagi membendung wabak novel koronavirus yang sedang menular, aksi pertama pada 18 dan 19 Februari ini yang melibatkan pasukan dari China terpaksa ditunda kepada 19 dan 20 Mei depan.
Tiga pasukan yang terlibat adalah Beijing FC, Shanghai Shenhua, Guangzhou Evergrande dan Shanghai SIPG.
"Pasukan tuan rumah di China dipindahkan kepada perlawanan keempat. Ia paling sesuai berdasarkan isu virus ini," katanya.
Langkah itu, bagaimanapun, memberi kesan kepada wakil tunggal negara di pentas ACL, Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Kami menuruti nasihat yang dikeluarkan pihak kementerian.
"Jika tiada isu yang memaksa liga supaya ditunda ataupun perlawanan diadakan secara tertutup, maka keputusan kami seiring dengan kerajaan," tambahnya.
Perkembangan terkini akan dikemas kini 21 hari sebelum perlawanan bagi memastikan ia selamat atau sebaliknya.
Jika tidak, pemilihan gelanggang berkecuali akan menjadi medium seterusnya bagi memastikan perlawanan berlangsung mengikut jadual.
Editor: Shaiful Shamsudin