Skip to main content

Bola Sepak

ACL: JDT tidak gentar diundi dalam kumpulan sukar

arif-aiman.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak gentar dan sedia memberikan yang terbaik walaupun diundi dalam kumpulan sukar kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata kelab Harimau Selatan itu akan memberikan cabaran seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Kumpulan sukar. Lion dengan Buriram kumpulan senang tetapi tiada masalah.

"Kami akan 'fight' macam setiap tahun. 'No surrender'. Demi Johor, JDT dan penyokong, kami akan lakukan yang terbaik," katanya dalam satu kiriman Instagram.

Juara sembilan kali Liga Super itu diundi dalam Kumpulan I bersama bekas juara ACL musim 2020, iaitu Ulsan Hyundai FC dari Korea Selatan, juara Liga Jepun 2021, Kawasaki Frontale, dan pasukan Liga Thai 1, BG Pathum United.

Namun, JDT dijangka mampu menghadirkan kejutan, terutama melihatkan rekod pernah menewaskan Ulsan Hyundai sebanyak dua kali selain mengikat Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim musim lalu.

Skuad kendalian Esteban Solari itu melakukan kejutan musim lalu apabila mara ke pusingan 16 selepas muncul juara Kumpulan I.

Bagaimanapun, langkah JDT tersekat di pusingan berkenaan selepas kelab Jepun, Urawa Red Diamonds, menundukkan mereka sebelum muncul juara ACL musim lalu selepas menundukkan wakil Arab Saudi, Al-Hilal, dengan agregat 2-1 dalam perlawanan akhir.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Must Watch Video