JDT 2 SUWON 1
Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih tiga mata pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 selepas mempamerkan persembahan bersemangat untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Suwon Samsung Bluewings di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.
Selepas mendahului pada minit ke-13 menerusi Gonzalo Cabrera, pelawat menyamakan kedudukan enam minit kemudian hasil rembatan daripada luar kotak penalti Terry Antonis.
Ketika permainan berbaki 17 minit, pertahanan, Mauricio, berjaya menemui hantaran silang Nazmi Faiz untuk mencetak jaringan kedua JDT, sekaligus memastikan kemenangan kedua mereka dalam pertandingan itu.
Selepas tewas 5-1 kepada Vissel Kobe dalam aksi pertama, kemenangan di laman sendiri ini memberikan motivasi yang lebih cemerlang untuk mereka terus bersaing dalam Kumpulan G.