Pertahanan skuad kebangsaan Indonesia, Achmad Jufriyanto, bersyukur apabila akhirnya dapat memeterai perpindahannya untuk bersama pencabar terbaru Liga Super, Kuala
Lumpur.
Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) sebelum ini telahpun berusaha untuk mendapatkan khidmat pertahanan Persib Bandung ini.
Bagaimanapun, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) tidak memberi galakan buat pemainnya untuk berkelana ke Malaysia.
Achmad akhirnya dapat menyempurnakan perpindahannya ke Kuala Lumpur selepas PSSI mengubah pendirian mereka.
"Saya mempunyai keinginan untuk beraksi di luar Indonesia tetapi sebelum ini tidak memiliki sebarang tawaran. Kini bersama Kuala Lumpur, saya akan memberikan persembahan terbaik setiap kali diturunkan," katanya.
Achmad diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Kuala Lumpur bersama pertahanan skuad B-23 negara, Syazwan Andik Mohd Ishak, hari ini.
Dia merupakan pemain pertama dari Indonesia yang bersama skuad Warga Kota itu sejak era liga semi-pro pada 1989.
Bagi Presiden KLFA, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, kemasukan dua pemain itu tampak memberi ramuan tambahan buat pengendali pasukan, Fabio Maciel, untuk mencapai sasaran muncul dalam kalangan lima pasukan terbaik Liga Super.
"Jika pasukan memiliki impian, segalanya tidak mustahil. Kami berharap Kuala Lumpur mampu mempamerkan persembahan terbaik bagi saingan musim 2018," katanya.