Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Paulo Josue mahu KL City raih tiga mata, medan untuk bangkit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

paulo.jpg
Kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue, optimis untuk meraih tiga mata bersih berdepan wakil Filipina, Kaya, dalam aksi pertama ACC Shopee Cup, di Stadium Cheras, esok.

Dalam sidang media yang berlangsung di ibu kota hari ini, tonggak Harimau Malaya itu juga berasakan kejohanan itu merupakan medan terbaik buat skuad warga kota itu mengembalikan semula rentak kemenangan susulan meraih keputusan yang kurang memuaskan dalam saingan Liga Super 2024/2025 sebelum ini.

KL City merupakan antara nama besar dalam saingan di pentas Asia memandangkan kelab dari Lembah Klang itu merupakan naib juara Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022.

"Untuk saya dan pemain, kami tahu bahawa saingan liga agak sengit dan Piala FA sudah terlepas, jadi kami perlu bersaing dalam kejohanan ini.

"Kejohanan ini adalah peluang kami untuk tonjolkan kekuatan kami terutamanya ketika beraksi di Stadium Cheras esok. Kami berharap dapat meraih kemenangan esok.

"Perlawanan esok adalah peluang untuk kami kembali dapatkan rentak semula selepas beberapa kekalahan. Kami perlu turun esok dan berikan aksi terbaik kami dan cuba menewaskan mereka. Saya harap semua penyokong akan hadir." Katanya.

Dalam pada itu, ketua jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac, tidak meletakkan sasaran dalam kejohanan Shopee Cup tetapi fokus untuk meraih tiga mata dalam perlawanan esok.

"Tidak meletakkan sasaran. Kami mahu fokus meraih tiga mata terlebih dahulu. Lebih baik bermula dengan kemenangan kerana itu gaya kami.

"Selepas beberapa kekalahan, semestinya kami mahukan satu kemenangan." Kata Miroslav Kuljanac.

Advertisement

Must Watch Video