BOLA SEPAK
ACC Shopee Cup: Manuel Ott sedia pacu cabaran Terengganu di pentas Asia, liga
Arkitek Terengganu, Manuel Ott, enggan meletakkan dirinya dalam dilema untuk memikirkan mengenai kempen Piala Malaysia 2024/25 mahupun Kejohanan Kelab Asean ACC Piala Shopee 2024/25.
Walaupun pasukannya berpeluang mencipta sejarah dalam kedua-dua kejohanan itu menerusi kemaraan ke pentas final dengan dia kini telah merupakan penjaring terbanyak dengan empat gol dalam ACC Piala Shopee untuk Skuad Penyu ketika ini.
3️⃣ 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐚𝐠𝐢𝑻𝒆𝒓𝒆𝒏𝒈𝒈𝒂𝒏𝒖 𝑭𝑪 𝒗𝒔 𝑱𝒐𝒉𝒐𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒖𝒍 𝑻𝒂'𝒛𝒊𝒎📆 17 Januari 2024 - JUMAAT⏰ 9.00 pm🏟 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak📲Pembelian tiket online boleh melalui dari aplikasi Terengganu FC yang boleh dimuat turun melalui… pic.twitter.com/KTNnHuyvLc— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 14, 2025
Iklan
"Semua pemain penting dan terpulang kepada jurulatih bagaimana mahu kami beraksi, bagi kami setiap perlawanan adalah penting dan kami mahu beraksi," katanya.
Ia merupakan satu tugasan mencabar buat anak buah Badrul Afzan kerana akan bertemu Johor Darul Ta'zim sebanyak tiga kali dalam tempoh 16 hari membabitkan satu aksi Liga Super 2024/25 dan dua perlawanan separuh akhir piala Malaysia bulan ini.
Dalam pada itu, mereka merintis ranjau berliku kerana akan berdepan pencabar kuat dalam baki dua perlawanan Kumpulan A, ACC Piala Shopee iaitu PSM Makassar dan BG Pathum United.
"Kami akan berdepan lawan yang sukar dalam aksi seterusnya, tetapi sangat bagus untuk kami dapat melakar kemenangan sebelum berdepan lawan yang sukar. Kayakinan pasukan kini sangat baik, kami melihat kehadapan." tambahnya.
Must-Watch Video