Aksi mantap seperti ketika menundukkan Kuala Lumpur 4-0 di Seri Manjung, Sabtu lalu, dituntut daripada pemain PKNP FC ketika bertemu Batu Dua FC dalam pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, petang Rabu ini.
Bagi ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, hanya persembahan bertenaga seperti itu akan dapat menjamin kejayaan mereka.
Justeru, Abu Bakar berharap pemain berupaya mengulangi persembahan sama bagi memastikan kemaraan PKNP FC.
"Persembahan ketika menentang Kuala Lumpur itu adalah aksi terbaik kami setakat ini.
"Saya berharap pemain berupaya mengulanginya agar kami teruskan kemaraan, " katanya.
Mengenai perlawanan dengan Batu Dua FC itu, Abu Bakar yang juga pengurus pasukan tidak mahu pemain bersikap terlalu yakin biarpun bertemu lawan daripada Liga M3.
"Ini bukan calang-calang pasukan. Mereka punyai rekod kemenangan besar dengan 17 jaringan ke atas lawan.
"PKNP cari masalah jika pandang remeh perlawanan ini, " ujarnya.
PKNP FC dijangka menurunkan kesebelasan permulaan sama ketika menentang skuad Warga Kota menjelang pertemuan dengan Batu Dua FC.