Skip to main content

Bola Sepak

Abu Bakar mahu kekal momentum

abu-bakar-fadzim.jpg
Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Batu Dua FC semalam telah menyuntik keyakinan baru kepada pasukannya.

Ia merupakan kemenangan kedua mereka selepas membelasah Kuala Lumpur 4-0 minggu lalu, sekali gus menjadi tonik terbaik menghadapi aksi Liga Super, Sabtu ini.

Abu Bakar kini meletakkan harapan untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata ketika bertemu Terengganu walaupun tanpa ketiadaannya di tepi padang.

"Disiplin ketika bertahan perlu diperkemaskan kerana sedikit kelekaan akan memberikan gol mudah kepada pihak lawan.

"Namun, apa yang penting bagi PKNP adalah meneruskan momentum kemenangan selepas mengharungi dua perlawanan dengan baik," jelasnya.

Bakal terlepas aksi dengan Terengganu kerana menghadiri kursus kejurulatihan, Abu Bakar berkata strategi terbaik akan direncanakan dan diserahkan kepada pembantunya.

Sentuhan penyerang Brazil, Giancarlo Rodrigues, pasti terus ditagih PKNP susulan empat gol yang diciptanya dalam dua perlawanan lalu.

"Kami menjangkakan Terengganu akan berada dalam prestasi terbaik dan cukup liat untuk menewaskan mereka di tempat sendiri," tambah bekas pemain Perak itu.

Advertisement

Must Watch Video