Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, percaya terhadap kemampuan pasukannya untuk mengekalkan momentum kemenangan walaupun dia dijangka terlepas perlawanan Liga Super menentang Melaka, Sabtu ini.
Abu Bakar kini sedang mengikuti kursus Kejurulatihan Diploma Profesional Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2019-2020 di ibu negara hingga Rabu depan.
Ini bermakna, dia terlepas aksi Liga Super minggu ini termasuk pusingan ketiga Piala FA menentang PDRM di laman sendiri kecuali mendapat pelepasan AFC.
Situasi ini berlaku ketika skuad PKNP berada dalam momentum terbaik menerusi kemenangan berturut-turut dalam tiga perlawanan terakhir.