Abu Bakar Fadzim berharap Giancarlo Lopes Rodriguez berupaya meneruskan rentak cemerlangnya apabila PKNP FC turun menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, dalam saingan Liga Super malam esok.
Rodriguez, 29, mula menunjukkan bisanya dalam perlawanan dengan Kuala Lumpur serta pertemuan dengan Batu Dua FC dalam pusingan kedua Piala FA.
Setakat ini, dia menyumbang empat gol dalam dua perlawanan itu.
Jurulatih merangkap pengurus PKNP FC, Abu Bakar, nyata berpuas hati dengan sumbangan pemain berasal dari Brazil itu sambil berharap Rodriguez akan terus memainkan peranan berkesan dalam baki kempen musim ini.
"Dua kemenangan berturut-turut menaikkan semangat dan keyakinan pasukan.
"Saya berharap ia mampu diulangi, terutama apabila kami bertemu Terengganu FC.
"Mereka adalah naib juara Piala Malaysia 2018 dan rekod mereka di gelanggang sendiri memang baik sekali setakat ini.
"Jadi, kami perlu berada di tahap terbaik dan cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan ini," ujarnya.
Abu Bakar tidak akan bersama anak buahnya malam esok kerana akan menghadiri kursus jurulatih anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
"Tidak apa. Saya yakin mereka tidak akan apa-apa tanpa saya di tepi padang.
"Lagipun, penolong saya ada, biarlah dia buat kerja juga," tambahnya.