Abou Bakr El-Mal yang disebut-sebut sebelum ini kini sah menjadi milik Kelantan selepas penyerang kebangsaan Lubnan itu mengikat kontrak dua musim bersama skuad The Red Warriors (TRW).
Perkara itu diumumkan Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, di Kota Bharu hari ini bagi menggantikan rakan senegaranya, Mohammad Ghaddar, yang berhijrah ke Johor Darul Ta'zim (JDT).
Annuar berkata Abou Bakr, 24, atau dikenali sebagai Bako yang juga penjaring terbanyak dengan 16 jaringan bersama pasukannya, Tripoli FC, dianggap pengubat kesedihan peminat TRW yang kehilangan Ghaddar.
"Keputusan membawa Abou Bakr ini bukanlah untuk menunjukkan Kelantan sudah mewah selepas dibayar dengan bayaran tinggi oleh JDT tetapi ia dibawa untuk memperkuatkan pasukan selepas kehilangan Ghaddar.
"Sebaik saja Ghaddar membuat keputusan untuk berpindah, KAFA membuat perbincangan dan berhasrat mengikat pemain lebih muda dari negara Asia bagi mengisi kekosongan kuota pemain import Asia," katanya seperti dipetik dalam laporan BH Online.
Tambah Annuar, Abu Bakr yang mempunyai ketajaman seperti Ghaddar akan bersama TRW selama dua musim sehingga penghujung tahun 2018.
"Dia sudah menandatangani kontraknya selama dua musim dengan pasukan TRW. Saya percaya dia bakal menjadi 'Superstar' baru buat pasukan dan jika berjalan dengan sempurna dia bakal diturun pada perlawanan menentang Pulau Pinang pada 25 Mei ini di Kota Bharu."