Skip to main content

Bola Sepak

Abd Talib puas hati dengan persembahan Selangor United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

talib.jpg
Pengendali Selangor United, Abd Talib Sulaiman, berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkan oleh barisan pemainnya di laman lawan meskipun hanya menurunkan seorang pemain import.

Keputusan berkesudahan seri 2-2, namun Abd Talib masih menganggap ia adalah permainan yang baik walaupun Muhammad Ridzuan Khamis menghadiahkan jaringan percuma kepada tuan rumah, UKM FC.

Semangat yang ditunjukkan oleh barisan pemain Selangor United amat ketara apabila mereka bangkit tanpa rasa kecewa dengan terus menyerang kubu UKM FC sehingga berada di hadapan sebelum mereka menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir.

"Kami telah menurunkan satu pemain import dan berjaya memberikan saingan kepada UKM. Selangor akan diperkuat semula dengan dua pemain import yang pulih daripada kecederaan untuk perlawanan seterusnya," kata Abd Talib.

Sementara itu, penolong ketua jurulatih UKM FC, Radzali Imbi, berkata penyerang kurang cekap menggunakan peluang untuk membolosi gawang pelawat itu.

Gara-gara kesilapan barisan pemain yang gagal memanfaatkan peluang itu, Radzali mengakui UKM FC terlepas kesempatan meraih tiga mata penuh untuk menduduki tangga keenam mengatasi Negeri Sembilan yang hanya dibezakan dengan satu mata. 

"Kesilapan kami menyaksikan lawan mengambil peluang untuk menjaringkan gol. Kami perlu mengelak daripada melakukannya lagi sebelum aksi seterusnya," kata Radzali.

Advertisement

Must Watch Video