Harry Kane perlu tinggalkan Tottenham jika mahu mencapai cita-cita merangkul gelaran, menurut Jermain Defoe.
Kane memiliki kontrak bersama Spurs sehingga Jun 2024, tetapi kapten England itu mendedahakan dia akan membuat keputusan mengenai masa depannya selepas tamat Euro 2020.
Defoe percaya penyerang prolifik berusia 27 tahun itu perlu meninggalkan kelabnnya jika dahagakan kejuaraan.
Penyerang Rangers dan bekas pemain Tottenham itu memberitahu, "Sekiranya anda mengajukan soalan ini kepada saya beberapa tahun yang lalu, saya akan mengatakan bahawa dia seharusnya tinggal di sana, apa yang dia lakukan -- dia seorang legenda.
"Sejak saya menyertai Rangers, saya telah melihat mentaliti dan bermain untuk kelab besar yang lain, pentingnya bermain untuk kelab itu dan memenangi setiap perlawanan, mentaliti, standard dan tuntutan.
"Anda mesti menang dan membawa pulang kejuaraanperak, jika tidak, itu tidak cukup baik. Apabila anda benar-benar mencapainya, ia merupakan satu perasaan yang menakjubkan, saya berharap saya dapat melakukannya lebih awal dalam karier saya.
"Sekiranya Harry Kane mahukan itu dan ingin memenangi piala, dia harus berhijrah.
"Saya rasa tidak mudah baginya untuk pergi dan dia mungkin melihatnya dan ingin menjadi penjaring gol tertinggi dalam sejarah kelab dan melihat di mana ia telah membawanya.
"Dia mudah-mudahan dapat memenangi beberapa piala, tetapi jika dia benar-benar menginginkan kejuaraan maka dia harus pergi."
Kane terlibat dalam 30 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini (17 gol, 13 assist). Kapten England itu menjadi pemain pertama untuk mencapai bilangan keseluruhan itu bagi musim 2020-21.

Harry Kane has scored 32 goals in 51 games for @England since making a scoring debut in March 2015 during a 4-0 win over Lithuania.⁰⁰Wayne Rooney – the current record goalscorer for England with 53 goals, had scored 22 goals after 51 appearances. pic.twitter.com/h5ocVIY835
— The Analyst (@OptaAnalyst) March 28, 2021