Neymar percaya dia telah mempamerkan musim terbaiknya bersama Barcelona selepas melakar hatrik ketika menewaskan Las Palmas.
Pemain kebangsaan Brazil itu melengkapkan kemenangan 4-1 Barca kelmarin bagi memastikan persaingan kejuaraan LaLiga akan diputuskan dalam perlawanan terakhir musim.
Neymar, yang telah menjaringkan 19 gol serta melakukan 20 bantuan jaringan bagi musim 2016-17, berasakan ini merupakan musim terbaiknya di Nou Camp.
"Ia merupakan musim yang terbaik untuk saya," kata Neymar.
"Saya memiliki tanggungjawab beraksi di posisi saya dan setiap pemain mengetahui peranan mereka."
Neymar berharap akan menjadi pemain terbaik dunia dan memenangi Ballon d'Or tetapi menegaskan dia gembira bekerjasama dengan salah seorang pemain terbaik dunia, Lionel Messi.
"Apa yang saya mahu lakukan adalah beraksi bersama pemain-pemain terbaik dunia -- Messi adalah yang terbaik.
"Saya sentiasa mengimpikan mahu menjadi yang terbaik. Saya berasakan saya mampu melakukannya tetapi saya tidak tergesa-gesa.
"Setiap pemain mahu menjulang Ballon d'Or – saya berharap untuk memenanginya suatu hari nanti."
Persembahan terbaik Neymar musim ini adalah ketika Barcelona melakar kebangkitan ketika menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara.
"Ini merupakan antara kenangan terbaik saya.
"Saya akan mengingatinya sepanjang hayat saya."