Manchester United telah memulakan proses memaklumkan kakitangannya bahawa mereka bakal kehilangan pekerjaan, hanya beberapa jam selepas terlepas kejuaraan Liga Europa.
Belum reda dengan kekecewaan kecundang 0-1 kepada Tottenham, 200 pekerja berisiko diberhentikan minggu ini tatkala eksekutif Old Trafford berusaha keras untuk memotong bajet kelab itu.
Ketua eksekutif Man Utd, Omar Berrada, pada Februari lalu telah mengumumkan program mengurangkan pekerja -- membabitkan 250 pekerja tahun lalu -- yang merupakan sebagai sebahagian daripada 'pelan transformasi' yang bertujuan mengembalikan kelab kepada keuntungan.
Ekoran kekalahan di Bilbao, The Red Devils bercadang penjimatan secepat mungkin, khususnya selepas terlepas ganjaran £100 juta (RM572.4j) untuk kelayakan Liga Juara-Juara (UCL).
Malah, sejurus perlawanan akhir tersebut, harga saham kelab itu menjunam sebanyak £160j (RM916.2j).

It hurts now but this club's history speaks for itself. We will be back. pic.twitter.com/pP35zCSXzd
— Manchester United (@ManUtd) May 21, 2025