Skip to main content

Bola Sepak

2 kaki, 1 hidung, 1 lidah sama sahaja dengan kita -- Itu label bekas bintang Kedah terhadap warisan Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nt.jpg
Siapa yang ilhamkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk membuat semua ini? Siapa yang menggerakkan hati pemain beraksi untuk Malaysia baru-baru ini? 

Itu dua persoalan yang bermain di fikiran bekas pemain Kedah, Azmeer Yusof, selepas menyaksikan penstrukturan baharu skuad kebangsaan sehingga berjaya menewaskan Vietnam dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), minggu lalu.

Namun, di sebalik kekeliruan itu, bekas tonggak berusia 34 tahun itu memberikan pandangan tersendiri melihat keupayaan warisan Harimau Malaya yang menonjolkan kualiti terbaik, selain perbezaan pengalaman berbanding tenaga lokal. 

Azmeer menegaskan hanya keputusan kadar segera membezakan teknik penguasaan bola.




"Mereka sama sahaja seperti kita. Dua tangan, dua kaki, dua mata, dua telinga, satu hidung, satu mulut dan satu lidah. 

"Tapi tak sama tentang saiz fizikal dengan kita dan kita kena akui. 

'Yang membezakan kita dengan mereka ialah cara berfikir, cara kita bertindak dan cara membuat keputusan," katanya di Facebook. 

Pertahanan kental itu juga menjelaskan faktor ketenangan yang dimiliki pemain warisan juga tidak perlu dipertikai. 

Sambil bercerita mengenai pengalaman, Azmeer tidak menolak persepsi bahawa bakat luar negara cepat beradaptasi dengan gaya permainan, sekali gus sentiasa menampilkan aksi memukau.

"Sebelum mereka terima bola di kaki, mereka sudah berfikir apa yang hendak dibuat. 

"Sebelum lawan bertindak, mereka sudah bertindak terlebih awal hingga membuatkan mereka sudah dua, tiga langkah di hadapan. Inilah perbezaan terbesar kita dan mereka.

"Satu lagi, yang tak sama kita dengan dorang ialah ketenangan. 

"Meskipun Import ini bahaya, tapi tetap 'cool' lagi," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video