Skip to main content

Bola Sepak

15 pemain import bawa Liga Malaysia ke perkembangan segar, sihat dengan saingan lebih kompetitif -- Presiden MFL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

presiden-mfl.jpg
Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, yakin liga bola sepak negara bakal menuju ke arah perkembangan lebih segar dan sihat bagi memastikan saingan lebih kompetitif dengan pengenalan pendaftaran 15 pemain import bagi setiap pasukan.

Baginya, ia akan mencipta dimensi baru dalam meningkatkan kualiti pemain untuk bertanding di peringkat Asia dan dunia.

Selain itu, kehadiran pasukan dari Brunei, DPMM, dalam Liga Super musim baru ini, turut diharap menjadi tonik terbaik buat kelab-kelab di Malaysia mempamerkan saingan terbaik untuk mengembalikan reputasi Liga Malaysia.

"Mengenai Brunei (DPMM), mereka sudah berminat untuk menyertai liga kita sejak tahun 2022 lalu," katanya dalam sidang media seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Ia juga merupakan insiatif daripada Pemangku Sultan Johor (Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim).

"MFL mengadakan usaha melalui perbincangan dan sebagainya tetapi tidak dapat membawa masuk kerana kami sedang sibuk membuat kalendar baru.

"Kerana MFL cuba untuk menyeragamkan kalendar dengan negara-negara ASEAN lain dan akhirnya kami berjaya.

"Jadi, pada 2026, ia akan menjadi kalender keseluruhan yang serentak bagi kebanyak negara-negara ASEAN."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video