Skip to main content

Sukan SEA

Program sukan warga emas wajar diteruskan

ll
Advertisement

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol, menegaskan sebarang pemilihan sukan dalam Sukan SEA 2027 melibatkan semua wakil dari setiap negara di rantau Asia Tenggara.

Dan malaysia sebagai pasukan tuan rumah bukan memiliki kuasa penuh dalam setiap keputusan, dan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Erick Tohir, disifatkan sebagai tidak adil.

Advertisement

"Semua ini tertakluk kepada SEAGF dan sebagai penganjur kita hanya ikut ketetapan.

"Untuk mengatakan (bahawa) kita yang menentukan (acara sukan) adalah agak tidak adil kerana semua keputusan itu di bawah bidang kuasa SEAGF," katanya yang ditemui ketika majlis penutupan Liga Sukan Warga Emas Peringkat Kebangsaan pada hari ini.

Advertisement

Tiga acara sukan iaitu baling damak, petanque dan boling tenpin dijalankan serentak melibatkan tiga venue semalam menerusi menyertaan seramai 360 orang daripada 15 kontinjen, sekali gus menyaksikan Selangor muncul juara keseluruhan bagi penganjuran but julung kalinya ini.

Dengan sambutan yang diberi, Mordi mengakui usaha untuk menjadikan sukan warga emas sebagai sukan tahunan kini dalam perbincangan.

"Peserta bersemangat dan saya berharap program seperti ini diteruskan.

"Ini juga salah satu inisiatif Malaysia untuk melangkah ke arah negara menua," katanya.  
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video