Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Gabriel Palmero, berkongsikan tidak sabar untuk diturunkan dan memberikan aksi terbaik buat pasukannya.
Pemain kelahiran Sepanyol itu diumumkan sebagai pemain yang akan memperkuatkan skuad Harimau Selatan sebelum ini, dengan penggantungan pemain berusia 24 tahun itu dijangkakan akan berakhir pada November ini.
Terdahulu, Palmero bersama Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Imanol Machuca, Rodrigo Holgado dan Facundo Garces terpalit dengan kes pemalsuan dokumen mewakili Harimau Malaya sebelum ini, mereka tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan rasmi dan tidak melibatkan semua aktiviti berkaitan bola sepak.
Malah, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) juga menolak rayuan dan mengekalkan hukuman penggantungan 12 bulan meskipun dibenarkan beraksi seketika pada awal tahun sebelum meneruskan hukuman tersebut.
"Jangan berputus asa. Ayuh terus berusaha dan berkembang maju. Tidak sabar untuk melakukan yang terbaik demi lencana ini." katanya menerusi laman Instagram.