Perseteruan Asia Barat dan Asia Timur di Final Liga Juara-Juara Asia berterusan apabila Machida Zelvia berjaya melengkapkan slot pentas final selepas menewaskan cabaran Shabab Al-Ahli menerusi kemenangan tipis 1-0.
Dan keghairahan Zelvia untuk temui penyudah sempurna terhasil ketika aksi melewati minit ke-12 menerusi kecekapan Yuki Soma yang bijak mematahkan pertahanan lemah lawan.
Advertisement
Pasukan berpangkalan di Jepun itu turun miliki peluang untuk menggandakan kelebihan dua minit kemudian tapi sayangnya percubaan tersebut mudah dibaca penjaga gol Shabab.
Shabab juga miliki peluang untuk mengejar namun sayangnya percubaan minit ke-35 Kauan Santos sekadar terkena palang.
Dan usaha pasukan dari Emiriah Arab Bersatu itu sekali lagi hampir temui kejayaan namun jaringan yang diperoleh mereka tidka dikira pengadil untuk keputusan 1-0 kekal memihak Zelvia.
Ini merupakan pentas final sulung buat Zelvia di kejohanan elit ini dan juga pertembungan final keempat buat pasukan dari Arab Saudi dan Jepun sejak penganjuran kejohanan ini di abad ke-21.